Lesson 2

  الدرس الثاني

Perkataan

الكلمةُ

Dalam Bahasa Arab terdapat tiga jenis perkataa iaitu :

1) Katanama - اِسْمٌ

2) Katakerja - فِعْلٌ

3) Partikal - حَرْفٌ

 

Katanama : (اِسْمٌ )

Perkataan katanama pada umumnya menunjukkan kepada nama manusia, tempat, binatang, hidup-hidupan dan sebagainya

Nama manusia:

Ishak, Abu Bakar, Muhammad - عبَّاس, حامد, عمَّارٌ, محمودٌ

Nama tempat:

Makkah, Kaherah, Malaysa, Kuala Lumpur - مَكَّة, القاهرة, كوالالمبور

Nama binatang:

- lembu betina - بَقَرَةٌ

- kucing betina - قِطٌّ

 Nama hidup-hidupan 

Pokok - شجرة


📘 JENIS KATA NAMA (GENUS)

Kata nama dalam Bahasa Arab terbahagi kepada dua jenis:

  • 1️⃣ Kata nama maskulinالمُذَكَّر
  • 2️⃣ Kata nama femininالمُؤَنَّث

Pada umumnya tiada tanda khas bagi kata nama maskulin. Oleh itu, semua kata nama dianggap maskulin (مُذَكَّر) kecuali yang termasuk dalam kategori berikut, maka ia adalah feminin (مُؤَنَّث).

  1. Maknanya menunjukkan perempuan atau binatang betina
    Contoh: emak (أُمٌّ), anak perempuan (بِنْتٌ), pengantin perempuan (عَرُوسٌ), lembu betina (بَقَرَةٌ).
  2. Berakhir dengan huruf تَاء مَرْبُوطَة (ة)
    Contoh: orang gaji (خَادِمَةٌ), anak perempuan (اِبْنَةٌ), besar (كَبِيرَةٌ), baharu (جَدِيدَةٌ).
  3. Nama negeri, bandar atau kampung
    Contoh: Malaysia (ماليزيا), Mesir (مِصْر), Damsyik (دِمَشْق), Kuala Lumpur (كُوَالَالَمْبُور), Kaherah (القَاهِرَة).
  4. Anggota tubuh yang berpasangan
    Contoh: tangan (يَدٌ), mata (عَيْنٌ), kaki (رِجْلٌ).
  5. Berakhir dengan huruf (اء)
    Contoh: padang pasir (صَحْرَاء), hitam (سَوْدَاء), putih (بَيْضَاء), merah (حَمْرَاء), kuning (صَفْرَاء), biru (زَرْقَاء).
  6. Perkataan tertentu yang dianggap feminin walaupun tanpa tanda khas
    Contoh: bumi (الأَرْض), perang (حَرْب), rumah (دَار), angin (رِيح), matahari (الشَّمْس), api (نَار).
📘 CONTOH SENARAI KATA NAMA MENGIKUT GENUS
Feminin
(مؤنث)
Maskulin
(مذكر)
إِبْرَةبَاب
حِقْبَةبَيْت
تُفَّاحَةتَمْر
جَدَّةجَبَل
مَدْرَسَةمَسْجِد
سَيَّارَةكِتَاب
بِنْتوَلَد
قِطَّةكَلْب
سَاعَةقَلَم
نَافِذَةسَرِير
شَجَرَةحَجَر
مِرْوَحَةمِفْتَاح
طَالِبَةطَالِب
مُعَلِّمَةمُعَلِّم
سُوقمَكْتَب
دَرَّاجَةكُرْسِيّ

Bahagian 4: Latihan Pengukuhan

🧩 Latihan Pengukuhan - Tentukan Jenis Kata Nama

Tentukan sama ada perkataan berikut adalah مُذَكَّر (maskulin) atau مُؤَنَّث (feminin)

Soalan 1: طَبَّاخ (tukang masak)

Soalan 2: طَبَّاخَة (tukang masak perempuan)

Soalan 3: مَائِدَة (meja)

Soalan 4: كُرْسِيّ (kerusi)

Soalan 5: مَطْعَم (restoran)

Soalan 6: وَزَّة (itik betina)

Soalan 7: إِزَار (apron)

No comments:

Post a Comment